Khamis, 4 April 2013

Parlimen Dah Bubar..Siap Sedia Untuk Berubah

Semalam..setelah genap 4 tahun tempoh pemerintahan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, Parlimen Malaysia dibubarkan secara rasminya bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13.


Umum mengetahui bahawa, selepas terbubarnya Parlimen semalam, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk melaksanakan pilihanraya. Ini bermakna, tarikh terakhir yang boleh berlakunya pilihanraya ialah sehingga 2 Jun 2013 sahaja. Masih ada harapan untuk berlakunya PRU di musim cuti sekolah jika SPR sedia memanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari.

Kini seluruh masyarakat dari segenap tempat mula berceritakan perihal pilihanraya. Umno/BN awal-awal lagi telah mula mengerahkan 'jentera kerajaannya' untuk kerja-kerja PRU. Seolah-olah agensi-agensi kerajaan ini ber'bin'kan Umno semata-mata. Parti-parti politik pula sudah mula mengumumkan calon-calon mereka. Ada juga yang masih bersembunyi untuk tujuan 'suprise'.

Walaubagaimana pun, satu perkara yang harus menjadi suntikan ke dalam diri penduduk di Putrajaya, adakah kita bersedia untuk sebuah perubahan..? Perubahan yang pastinya menjadi titik tolak kebangkitan sebuah Putrajaya yang lebih indah dan kehijauan. Perubahan yang akan membawa kepada tingginya nilai masyarakat Putrajaya di mata seluruh Negara.

Maka dengan ini, PS menyeru kepada seluruh warga Putrajaya, berfikirlah secara yang lebih rasional. Buatlah penilaian berdasarkan fakta sebenar. Bongkarlah informasi, berita dan omongan dari pelbagai saluran. Jauhkan diri anda dari diperbodohkan dengan dakyah-dakyah televisyen dan surat khabar arus perdana semata-mata. Buka mata anda seluas-luasnya. Letakkan akal dan hati hanya melalui panduan Allah serta tidak sesekali menjadi hamba syaitan dan nafsu.

Detik-detik waktu terus berjalan menantikan saat yang telah lama di tunggu. Bersiap sedialah untuk berani melakukan perubahan. Jangan khuatir ancaman manusia, takutlah akan kebesaran Allah. Semoga Putrajaya yang aku sayang ini akan diberikan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Jumaat, 22 Mac 2013

Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) kutuk pembunuhan Dr. Said Ramadhan Al-Buti

Berita dipetik daripada laman rasmi Dewan Ulama' Pas Pusat (DUPP)


Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh Ulamak terkenal Syria, al-Syeikh al-`Allamah Dr. Sa`id Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusiร‚  serangan bom semalam yang disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyiq, Syria. Moga allah menempatkan beliau di kalangan Syuhada’.

DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang disebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut. Pembunuhan tokoh ulamak merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.

DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.

Meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.

Setiusaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

PS: Marilah sama-sama kita menghadiah Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Semoga beliau diberikan ganjaran Syuhada'. Al-Fatihah..

Khamis, 21 Mac 2013

Penjawat Awam Tidak Kenang Budi?


Beberapa ketika dulu, PS sangat mengkagumi tindak tanduk pengurusan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Mereka ini disifatkan sebagai organisasi yang lantang mempertahankan hak kakitangan awam dan berani "sound" kerajaan jika terdapat kegagalan dalam pentadbiran.

Masalahnya, kebelakangan ni PS lihat keadaan banyak berubah. Lebih-lebih lagi bila Presidennya (Omar Osman) mula diberi gelaran 'Datuk'. Terhutang budi ke datuk..? Come on datuk... profesional la sikit.. Tolong la jangan buat Cuepacs ni macam sayap Umno. Macam-macam statement keluar dari mulut presiden Cuepacs ni yang sengaja berbaur politik berat sebelah.

Sakan nooo bersalam dengan PM..!!

Terbaru, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kearajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi. Ceteknya pemikiran seorang presiden Cuepacs. Dia sekarang syok duduk kipas Umno/BN boleh la cakap macam tu. Silap-silap dah pencen nanti dia sendiri yang kena tindas dengan Umno, baru nak menyesal.

Ini pencerahan yang PS ambil daripada kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, khas ditujukan kepada Presiden Cuepacs dan umum untuk semua yang berada di dalam Cuepacs. Penjawat awam sangat sesuai membacanya.


“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.

“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.

“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.

"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.

Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.

"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.

"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.


Bagi PS, Cuepacs janganlah terlalu taksub sangat kepada parti pemerintah sedia ada. Cuepacs harus ingat bahawa mereka adalah penjawat awam. Mereka perlu bekerja untuk rakyat dan menjadi organisasi yang sama dalam melontarkan pandangan dan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan. Ia bukan untuk semata-mata PRU, tetapi nilai lebih tinggi iaitu memartabatkan perkhidmatan awam di Malaysia.

Para penjawat awam, anda lebih bijak untuk menilai mana yang baik mana yang telah lama busuk.. Cuepacs, anda semua perlu positif. Kepentingan seluruh penjawat awam lebih penting daripada Umno/BN.

Rabu, 20 Mac 2013

Reaksi PM Bubar Parlimen Hari Ini..

Untuk kesekian kalinya, berita mengenai pembubaran parlimen disebarkan dengan pantas oleh pengguna media baru terutamanya di facebook. Kisahnya bermula apabila sekali lagi kereta Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilihat memasuki Istana Negara awal pagi tadi.




Disebabkan pantasnya berita itu dibicarakan oleh seluruh rakyat Malaysia, Pejabat Perdana Menteri (PMO) serta merta mengeluarkan kenyataan penafian bahawa PM akan membubarkan parlimen hari ini. Berikut semakan PS daripada portal berita Malaysini:

Hasil daripada kenyataan penafian tersebut, maka senyap seketika cerita-cerita bubar parlimen ni. Tempoh berdiam ni belum tahu lagi berapa lama. Silap-silap haribulan, esok kita cerita lagi. PS pun macam rakyat jelata yang lain, dah tak sabar sangat dah nak dengar parlimen dibubarkan. Penat dah bernaung di bawah kerajaan yang ada sekarng ni. Masa untuk berubah dah sampai.

Tapi dalam pada senyap ni, kita kena ingat semula apa yang berlaku pada tahun 2008. Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu PM, juga membuat penafian yang hampir sama pada 12 Februari 2008. Bila rakyat tengah reda, tiba-tiba dia umum juga pembubaran parlimen pada hari esoknya. Maka, sekarang ni kita pun kena la duduk di dalam mode standby.

InsyaAllah kia sambung lagi cerita bubar membubar ni hari esok. Cerita ni pasti takkan berhenti selagi tidak terbubarnya parlimen Malaysia. Orang yang tak minat politik pun sibuk dengan kisah-kisah bubar. Petanda positif tu...

Pengganas Sulu Bekas Kakitangan Awam Sabah..?

Kakitangan Awam. Key word pertama yang terngiyang di benak PS adalah berkenaan "kakitangan awam" atau dalam bahasa mudahnya orang keje goment. PS kan tinggal di Putrajaya yang penuh dengan penjawat-penjawat awam. So, kisah di Lahad Datu yang ada kena mengena dengan penjawat awam kena la PS bongkar...


Nama Raja Agbimudin @ Azzimuddie Kiram sangat popular kebelakangan ini. Beliau dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memimpin kumpulan penceroboh Lahad Datu hingga menyebabkan kematian 10 orang anggota keselamatan Malaysia yang tidak berdosa. (Al-Fatihah untuk semua yang terkorban dan takziah kepada seluruh ahli keluarga mereka yang syahid).

Menurut satu kenyataan media daripada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Raja Agbimudin ini adalah seorang bekas kakitangan kerajaan di Sabah serta sah sebagai seorang waganegara Malaysia. Dokumen berkenaan perkara tersebut diperolehi oleh PKR daripada Arkib Negeri Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610. 




ADO rupanye ketua pengganas Sulu ni. Patut la dia mahir selok belok Negeri Sabah.

Ini kenyataan Media daripada Rafizi:

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?.

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong

20 MAC 2013  

Sumber kenyataan media ini diambil daripada Anak Sungai Derhaka. 

P/S: Nampaknya lepas ni setiap kakitangan awam di Putrajaya kena fikir secara rasional untuk terus bernaung di bawah pentadbiran golongan pemerintah yang tidak bertanggungjawab serta lebih mementingkan diri sendiri. Kita tentunya sayangkan Putrajaya. Jangan terus beri undi anda kepada pemimpin-pemimpin korup Umno/BN.

Sabtu, 16 Mac 2013

Panas..!!! Umno Putrajaya Guna Kanak-kanak Bawah Umur

Malam tadi PS berjaya membongkar kegiatan cakap tak serupa bikin puak-puak Umno/BN. Ianya berlaku di Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya.

Gelagat sekumpulan kanak-kanak berbasikal sambil mengibarkan bendera BN berjaya dikesan malam tadi sebaik sahaja PS dan sahabat-sahabat pulang dari Pasar Tani Presint 2. PS dengan segera mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut dan sempat merakam aksi bangga mereka membawa bendera "DACING" tu.

Bezakan keadaan dua gambar kanak-kanak ini.

Inilah yang dikatakan bahawa Umno tak pernah sedar diri bahawa mereka lebih kerap menggunakan kanak-kanak di dalam mempromosikan diri mereka termasuklah di Putrajaya ini. Beberapa minggu lepas mereka mempertikaikan program Treler Negara Berkebajikan Pas Putrajaya yang menarik minat kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna. Namun apa yang berlaku di pihak Umno ini lebih memaluka. Agaknya dah takde orang dewasa yang boleh kibarkan bendera BN tu di Putrajaya ni.


PS ingin menyentuh lagi berkenaan moral kumpulan kanak-kanak ini. Mereka berbasikal tanpa kawalan ibu bapa dah satu hal. Kemudian bersorak-sorak di hadapan orang-orang dewasa. Ada yang sengaja melalui di hadapan sahabat PS dengan laungan "Hidup BN" hanya semata-mata sahabat tu mengenakan pakaian berwarna hijau. Ini bukan didikan awal yang baik untuk kanak-kanak seusia mereka.

Nampaknya Umno sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka. Kanak-kanak yang sepatutnya di bimbing dengan program yang lebih bermanfaat, tidak ditunjuk ke arah itu. Hidangkan kanak-kanak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. Bagaimanalah keadaannya generasi akan datang di Putrajaya ini andai sikap "busuk" Umno sebegini diteruskan.

Nak sentuh sikit lagi tentang program Umno. Malam tadi juga berlangsung satu program ceramah politik oleh Ustaz Hassan Aqidah di Presint 8. Nampak bukan macam anjuran Umno pada posternya. Tapi, memang Umno yang anjur. Pemuda-pemuda Umno bertugas mengawal kawasan.

Apa yang menyedihkan, Hassan Aqidah ni kerjanya berkata-kata macam orang tak sekolah. Menghentam Pas tanpa sedikit pun pengisian ilmiah dan fakta.  Lebih malang, kanak-kanak juga terpaksa mendengar 'benda-benda khurafat' seperti itu. Inilah politik sempit Umno/BN.


 Kawan-kawan semua masyarakat dan pengundi Putrajaya... Fikir-fikirkanlah demi masa depan generasi akan datang. Putrajaya ini amat aku sayang. Jangan terus dirosakkan oleh Umno/BN.

Jumaat, 15 Mac 2013

Negara Tidak Akan Bankrup Jika PR Memerintah

Di hujung-hujung riwayat Umno/BN, zikir paling popular diucapkan di bibir pemimpin-pemimpin mereka berbunyi "Negara Bankrup...Negara Muflis...Negara Bankrup...". Inilah namanya memang diorang tengah nazak.

Pemikiran kolot Umno/BN ni semakin hari semakin di lawan dengan hujah balas daripada individu-individu yang pernah bersama tampuk pemerintahan Negara. Terbaru pastinya tumpuan kita terarah kepada kenyataan Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri di era Tun Mahathir menjadi PM.



Dalam sibuk-sibuk Tun Mahathir kata Negara akan bankrup, pandangan dan kenyataan Tun Musa Hitam adalah dilihat jauh lebih rasional. Pas dan PR kini telah mempunyai pengalaman yang cukup baik dalam urusan pentadbiran Negeri. Lihat sahaja kejayaan di Kelantan yang tidak pernah diisytiharkan bankrup sepanjang lebih 20 tahun diperintah oleh Pas. Selangor juga mempunyai rekod yang baik apabila Negeri yang ditinggalkan oleh Umno/BN dulu dengan timbunan hutang dapat disurutkan oleh PR.

Tun Musa jelas menyatakan keyakinan bahawa PR akan melaksanakan kerja-kerja pentadbiran yang lebih baik dan tidak sesekali akan membiarkan Negara ini menjadi bankrup. Kenyataan yang sama sekali menyanggah pendapat 'hero malay+mamak' yang tidak habis-habis dengan istilah Negara bankrupnya.

PS rasa otak Tun Mahathir sedang berkecamuk agaknya. Mungkin dia yang sedang berkira-kira untuk bankrup kot.. Berapa banyak penyelewengan sejak dari zaman dia jadi PM sampai PM yang terbaru ni. PM sekarang ni lagilah panjang kalau nak cerita perihal bankrupnya. Entah berapa banyak hutang yang Negara kumpul di era pemerintahan 'bebal' dia ni.

Umno...Umno.... Kesian korang dapat pemimpin yang cetek pemikiran macam diorang-diorang semula tu. Mana-mana penyokong Umno, sekarang anda perlu jadi lebih bijak dari pemimpin Umno. Caranya, ubahlah sokongan anda kepada Pas dan PR. Asal bukan Umno..!!!
 

 

Khamis, 14 Mac 2013

Panas!!! KPT Larang Pelajar Politeknik Berkempen PRU13

Tindakan terdesak Umno/BN menghadapi pilihanraya semakin hari semakin terbongkar. Satu demi satu kisah menggunakan kuasa di jabatan-jabatan kerajaan didedahkan. 

PS menerima maklumat daripada sumber blog tintaasyraf.com berkenaan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pengajian Politeknik, berhubung larangan ke atas pelajar politeknik daripada melibatkan diri di dalam kempen PRU13 nanti.

Ini adalah bukti surat yang dikeluarkan oleh Jabatan tersebut:


Pengeluaran surat larangan ini benar-benar menunjukkan betapa tidak profesionalnya pegawai-pegawai yang mentadbir sesebuah Jabatan kerajaan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan IPT. Mahasiswa dilarang berkempen seumpama orang cerdik tidak bernilai di dalam usaha check and balance pentadbiran Negara.

Sebenarnya, kalau diikutkan, terang-terang surat ini juga dah jadi bahan kempen politik sempit Umno/BN. Sebelum ni pun kita dah maklum bagaimana pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) melarang stafnya memasuki premis jika menonjolkan lambang pembangkang di kenderaan dan sebagainya. 

Aduh..pening PS bila fikir sikap pemimpin-pemimpin organisasi macam ni. PS yakin sementara nak sampai tarikh PRU13 ni, pasti kita akan dapat bongkar lebih banyak lagi isu-isu sebegini. Nantikan berita-beritanya.

Rabu, 13 Mac 2013

Najib Jumpa Agung.. Parlimen Bubar Hari Ini?

Melalui sumber-sumber yang diperolehi hari ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dikatakan telah mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Kereta Najib juga dilihat keluar daripada Istana Negara kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

 
Daripada apa yang diberitakan daripada kebanyakan blog-blog dan facebook, kebarangkalian hari ini akan diumumkan pembubaran parlimen. Jadi kita ada masa beberapa jam lagi untuk mengesahkan sama ada benar PM sementara tu nak umumkan pembubaran parlimen atau pun tak. Jika bukan hari ni diumumkan, pastinya ada sesuatu berita yang kita akan dengar pada pagi esok.
 
Cuma yang pasti, Putrajaya sekarang ini sedang menunggu saat-saat untuk merubah tampuk kepimpinan Negara yang jelas korupsi dan tidak menjurus kepada ketaqwaan kepada Allah SWT.
 
Berita & gambar di petik daripada blog Addin.

Selasa, 12 Mac 2013

Xpresi Ulama Muda Haraki 2013

Xpresi Ulama Muda Haraki 2013
Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan.
 
 
1. Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan.