Khamis, 21 Mac 2013

Penjawat Awam Tidak Kenang Budi?


Beberapa ketika dulu, PS sangat mengkagumi tindak tanduk pengurusan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Mereka ini disifatkan sebagai organisasi yang lantang mempertahankan hak kakitangan awam dan berani "sound" kerajaan jika terdapat kegagalan dalam pentadbiran.

Masalahnya, kebelakangan ni PS lihat keadaan banyak berubah. Lebih-lebih lagi bila Presidennya (Omar Osman) mula diberi gelaran 'Datuk'. Terhutang budi ke datuk..? Come on datuk... profesional la sikit.. Tolong la jangan buat Cuepacs ni macam sayap Umno. Macam-macam statement keluar dari mulut presiden Cuepacs ni yang sengaja berbaur politik berat sebelah.

Sakan nooo bersalam dengan PM..!!

Terbaru, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kearajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi. Ceteknya pemikiran seorang presiden Cuepacs. Dia sekarang syok duduk kipas Umno/BN boleh la cakap macam tu. Silap-silap dah pencen nanti dia sendiri yang kena tindas dengan Umno, baru nak menyesal.

Ini pencerahan yang PS ambil daripada kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, khas ditujukan kepada Presiden Cuepacs dan umum untuk semua yang berada di dalam Cuepacs. Penjawat awam sangat sesuai membacanya.


“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.

“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.

“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.

"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.

Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.

"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.

"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.


Bagi PS, Cuepacs janganlah terlalu taksub sangat kepada parti pemerintah sedia ada. Cuepacs harus ingat bahawa mereka adalah penjawat awam. Mereka perlu bekerja untuk rakyat dan menjadi organisasi yang sama dalam melontarkan pandangan dan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan. Ia bukan untuk semata-mata PRU, tetapi nilai lebih tinggi iaitu memartabatkan perkhidmatan awam di Malaysia.

Para penjawat awam, anda lebih bijak untuk menilai mana yang baik mana yang telah lama busuk.. Cuepacs, anda semua perlu positif. Kepentingan seluruh penjawat awam lebih penting daripada Umno/BN.

Tiada ulasan: