Sabtu, 16 Mac 2013

Panas..!!! Umno Putrajaya Guna Kanak-kanak Bawah Umur

Malam tadi PS berjaya membongkar kegiatan cakap tak serupa bikin puak-puak Umno/BN. Ianya berlaku di Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya.

Gelagat sekumpulan kanak-kanak berbasikal sambil mengibarkan bendera BN berjaya dikesan malam tadi sebaik sahaja PS dan sahabat-sahabat pulang dari Pasar Tani Presint 2. PS dengan segera mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut dan sempat merakam aksi bangga mereka membawa bendera "DACING" tu.

Bezakan keadaan dua gambar kanak-kanak ini.

Inilah yang dikatakan bahawa Umno tak pernah sedar diri bahawa mereka lebih kerap menggunakan kanak-kanak di dalam mempromosikan diri mereka termasuklah di Putrajaya ini. Beberapa minggu lepas mereka mempertikaikan program Treler Negara Berkebajikan Pas Putrajaya yang menarik minat kanak-kanak menyertai aktiviti mewarna. Namun apa yang berlaku di pihak Umno ini lebih memaluka. Agaknya dah takde orang dewasa yang boleh kibarkan bendera BN tu di Putrajaya ni.


PS ingin menyentuh lagi berkenaan moral kumpulan kanak-kanak ini. Mereka berbasikal tanpa kawalan ibu bapa dah satu hal. Kemudian bersorak-sorak di hadapan orang-orang dewasa. Ada yang sengaja melalui di hadapan sahabat PS dengan laungan "Hidup BN" hanya semata-mata sahabat tu mengenakan pakaian berwarna hijau. Ini bukan didikan awal yang baik untuk kanak-kanak seusia mereka.

Nampaknya Umno sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka. Kanak-kanak yang sepatutnya di bimbing dengan program yang lebih bermanfaat, tidak ditunjuk ke arah itu. Hidangkan kanak-kanak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. Bagaimanalah keadaannya generasi akan datang di Putrajaya ini andai sikap "busuk" Umno sebegini diteruskan.

Nak sentuh sikit lagi tentang program Umno. Malam tadi juga berlangsung satu program ceramah politik oleh Ustaz Hassan Aqidah di Presint 8. Nampak bukan macam anjuran Umno pada posternya. Tapi, memang Umno yang anjur. Pemuda-pemuda Umno bertugas mengawal kawasan.

Apa yang menyedihkan, Hassan Aqidah ni kerjanya berkata-kata macam orang tak sekolah. Menghentam Pas tanpa sedikit pun pengisian ilmiah dan fakta.  Lebih malang, kanak-kanak juga terpaksa mendengar 'benda-benda khurafat' seperti itu. Inilah politik sempit Umno/BN.


 Kawan-kawan semua masyarakat dan pengundi Putrajaya... Fikir-fikirkanlah demi masa depan generasi akan datang. Putrajaya ini amat aku sayang. Jangan terus dirosakkan oleh Umno/BN.

Tiada ulasan: