Khamis, 4 April 2013

Parlimen Dah Bubar..Siap Sedia Untuk Berubah

Semalam..setelah genap 4 tahun tempoh pemerintahan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, Parlimen Malaysia dibubarkan secara rasminya bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13.


Umum mengetahui bahawa, selepas terbubarnya Parlimen semalam, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk melaksanakan pilihanraya. Ini bermakna, tarikh terakhir yang boleh berlakunya pilihanraya ialah sehingga 2 Jun 2013 sahaja. Masih ada harapan untuk berlakunya PRU di musim cuti sekolah jika SPR sedia memanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari.

Kini seluruh masyarakat dari segenap tempat mula berceritakan perihal pilihanraya. Umno/BN awal-awal lagi telah mula mengerahkan 'jentera kerajaannya' untuk kerja-kerja PRU. Seolah-olah agensi-agensi kerajaan ini ber'bin'kan Umno semata-mata. Parti-parti politik pula sudah mula mengumumkan calon-calon mereka. Ada juga yang masih bersembunyi untuk tujuan 'suprise'.

Walaubagaimana pun, satu perkara yang harus menjadi suntikan ke dalam diri penduduk di Putrajaya, adakah kita bersedia untuk sebuah perubahan..? Perubahan yang pastinya menjadi titik tolak kebangkitan sebuah Putrajaya yang lebih indah dan kehijauan. Perubahan yang akan membawa kepada tingginya nilai masyarakat Putrajaya di mata seluruh Negara.

Maka dengan ini, PS menyeru kepada seluruh warga Putrajaya, berfikirlah secara yang lebih rasional. Buatlah penilaian berdasarkan fakta sebenar. Bongkarlah informasi, berita dan omongan dari pelbagai saluran. Jauhkan diri anda dari diperbodohkan dengan dakyah-dakyah televisyen dan surat khabar arus perdana semata-mata. Buka mata anda seluas-luasnya. Letakkan akal dan hati hanya melalui panduan Allah serta tidak sesekali menjadi hamba syaitan dan nafsu.

Detik-detik waktu terus berjalan menantikan saat yang telah lama di tunggu. Bersiap sedialah untuk berani melakukan perubahan. Jangan khuatir ancaman manusia, takutlah akan kebesaran Allah. Semoga Putrajaya yang aku sayang ini akan diberikan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Tiada ulasan: