Selasa, 8 Januari 2013

Usah risau! Undi anda adalah RAHSIA!

Ramai di kalangan pengundi terutamanya kakitangan kerajaan risau pada nombor siri yang tertera di kertas undi.
Hal ini menyebabkan pengundi beranggapan bahawa undi mereka ‘BUKAN RAHSIA’ yang akhirnya mereka takut memberi undi kepada parti pembangkang.
Berikut adalah proses dan sorotan ringkas setiap kali kita mengundi:-
  • Pergi ke barong (pondok panas) parti atau barong SPR bagi memastikan nama anda mengundi di saluran satu, saluran dua atau saluran tiga (saluran tu istilah untuk bilik mengundi).
  • Anda menuju ke bilik mengundi.
  • Anda menyerahkan MYKAD kepada kerani di bilik mengundi.
  • Kerani di bilik mengundi akan menyemak MYKAD anda di buku daftar pemilih.
  • Kerani di bilik mengundi akan menyebut nama dan nombor kad pengenalan anda.
  • Kerani tempat mengundi akan mengoyakkan kertas undi dan menyerahkan kertas undi tersebut kepada anda.
  • Anda akan memangkah kertas undi tersebut dan membuangnya ke dalam peti undi.
Jika anda peka dan beri perhatian, anda akan mendapati sebenarnya kerani di bilik mengundi tidak langsung menulis nama anda di keratan kertas undi, ataupun menulis nombor siri kertas undi anda di senarai daftar pemilih.
Dengan kata lain, dakwaan khabar angin bahawa setiap kertas undi akan disemak oleh SPR selepas pilihanraya untuk mengetahui kita undi parti mana adalah ‘KARUT SEMATA-MATA’.
Logiknya SPR tidak akan berkemampuan untuk menyemak setiap kertas undi dan ianya adalah terlalu rumit.
Kami percaya nombor siri pada kertas undi adalah lebih kepada ‘Perangkap Psikologi’ bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi terutama kakitangan kerajaan untuk mengundi parti pembangkang.
Janganlah kita takut kepada bayang-bayang kita sendiri kerana hakikatnya ‘UNDI ADALAH HAK KITA’.
Saya memohon agar anda jadilah rakyat Malaysia MERDEKA yang berhak memberi undi dan menyokong parti mana yang anda mahukan.