Anda sayangkan Malaysia?
Anda sayangkan masa depan anak bangsa?
Anda sayangkan agama?
Selama ini kita tahu rasuah berleluasa, tapi kita buat tak kisah.
Kita tahu korup di mana-mana, tapi kita marah di mulut sahaja.
Sebab kita di Putrajaya berada dalam zon selesa.
Kita rasa berduit, walaupun cukup-cukup makan.
Kita rasa berharta, walaupun hanya ada kereta.
Kita rasa mewah, walaupun setiap tahun bonus meminta-minta.
Kita selesa di rumah kuarters, walaupun kita tak mampu beli rumah sendiri.
Kita sepatutnya boleh hidup lebih selesa, jika pemerintah anti rasuah anti korup.
Kita sepatutnya dapat hidup senang, jika pemerintah berintegriti.
Kita redha untuk bersyukur, walaupun hakikat kita sebenarnya pasrah untuk bersyukur.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
Anda luar biasa jika redha bersyukur sedangkan anda tahu harta rakyat, hak anda diseleweng pemerintah.
Bangkitlah rakyat Putrajaya menuntut keadilan!!!
Hidup bukan sekadar menyokong, tapi perlu bertindak!
Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan