Rabu, 23 Januari 2013

Risalah fitnah di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR KL112

Risalah fitnah bertaburan di jalan raya

Cetakan wang kertas cina yang memburuk-burukkan pimpinan DAP

Risalah fitnah ini mungkin tidak berani diedarkan, lalu dibuang di atas jalan raya

Anak muda menunjukkan risalah fitnah yang dikutip mereka

Anak muda membakar risalah fitnah tanda protes

Fitnah jahat bertujuan memburukkan PAS

Orang ramai membuang risalah fitnah ke dalam longkang

Risalah fitnah dibuang oleh orang ramai di longgokan sampah

Risalah fitnah ini jelas mahu memburuk-burukkan DAP

Tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat yang perjuangkan Chin Peng

Risalah fitnah bertaburan hingga ke tengah jalan raya

Jumaat, 11 Januari 2013

HKR 112KL, ayuh rakyat Putrajaya!


  • Anda sayangkan Malaysia?
  • Anda sayangkan masa depan anak bangsa?
  • Anda sayangkan agama?
  • Selama ini kita tahu rasuah berleluasa, tapi kita buat tak kisah.
  • Kita tahu korup di mana-mana, tapi kita marah di mulut sahaja.
  • Sebab kita di Putrajaya berada dalam zon selesa.
  • Kita rasa berduit, walaupun cukup-cukup makan.
  • Kita rasa berharta, walaupun hanya ada kereta.
  • Kita rasa mewah, walaupun setiap tahun bonus meminta-minta.
  • Kita selesa di rumah kuarters, walaupun kita tak mampu beli rumah sendiri.
  • Kita sepatutnya boleh hidup lebih selesa, jika pemerintah anti rasuah anti korup.
  • Kita sepatutnya dapat hidup senang, jika pemerintah berintegriti.
  • Kita redha untuk bersyukur, walaupun hakikat kita sebenarnya pasrah untuk bersyukur.
  • Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.
  • Anda luar biasa jika redha bersyukur sedangkan anda tahu harta rakyat, hak anda diseleweng pemerintah.
  • Bangkitlah rakyat Putrajaya menuntut keadilan!!!
  • Hidup bukan sekadar menyokong, tapi perlu bertindak!
  • Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.

Rabu, 9 Januari 2013

Jom kenal apa itu AES, Kompaun & Saman

AES – Automated Enforcement System
AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.
Bagaimana AES beroperasi?
-         AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat.
-          Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ.
-         JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.
Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?
-          Memandu melebihi hadlaju; dan
-          Melanggar isyarat lampu isyarat.
Siapa yang mengendalikan AES?
-         AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.
Apakah teknologi yang digunakan?
-          Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia
-          ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot dari Jerman.
Di mana kamera AES dipasang?
-         Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia [MIROS]
Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?
-          Kedua-dua syarikat ini diberihak oleh Kerajaan untuk memasang kamera di lokasi yang telah ditetapkan.
Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?
-         Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat RM16 setiap saman yang dibayar.
Bagaimana AES dikuatkuasakan?
-         Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan.
-          Jika pemilik bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
Apa itu SAMAN
-          Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.
Adakah SAMAN perlu dibayar?
-          Saman TIDAK WAJIB dibayar kerana saman adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.
Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?
-          Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun juga RM300.
Apa itu kompaun?
-         Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak hadir ke Mahkamah.
Apa hukuman di bawah AES?
-          Seksyen 79 (2) tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
-          Seksyen 79 (2) tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda minimum RM300 dan maksimum RM2000
Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN tidak membayar kompaun?
-          Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap boleh dikeluarkan.
Apa itu Waran Tangkap?
-          Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS (Orang Kena Saman) untuk dibawa ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
-          Seseorang yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.
Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?
-          Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.
Tuduhan akan dibacakan.
-          Contoh tuduhan - "Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"
Adakah kamu mengaku bersalah?
-          Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan.
Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman.
Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan.
Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan.
Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah (HUKUMAN TETAP RM300 MINIMA & RM2000 MAKSIMA)
Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
TERBITAN
JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
(KASE) dibawah Parti Islam Semalaysia PAS

Selasa, 8 Januari 2013

Usah risau! Undi anda adalah RAHSIA!

Ramai di kalangan pengundi terutamanya kakitangan kerajaan risau pada nombor siri yang tertera di kertas undi.
Hal ini menyebabkan pengundi beranggapan bahawa undi mereka ‘BUKAN RAHSIA’ yang akhirnya mereka takut memberi undi kepada parti pembangkang.
Berikut adalah proses dan sorotan ringkas setiap kali kita mengundi:-
  • Pergi ke barong (pondok panas) parti atau barong SPR bagi memastikan nama anda mengundi di saluran satu, saluran dua atau saluran tiga (saluran tu istilah untuk bilik mengundi).
  • Anda menuju ke bilik mengundi.
  • Anda menyerahkan MYKAD kepada kerani di bilik mengundi.
  • Kerani di bilik mengundi akan menyemak MYKAD anda di buku daftar pemilih.
  • Kerani di bilik mengundi akan menyebut nama dan nombor kad pengenalan anda.
  • Kerani tempat mengundi akan mengoyakkan kertas undi dan menyerahkan kertas undi tersebut kepada anda.
  • Anda akan memangkah kertas undi tersebut dan membuangnya ke dalam peti undi.
Jika anda peka dan beri perhatian, anda akan mendapati sebenarnya kerani di bilik mengundi tidak langsung menulis nama anda di keratan kertas undi, ataupun menulis nombor siri kertas undi anda di senarai daftar pemilih.
Dengan kata lain, dakwaan khabar angin bahawa setiap kertas undi akan disemak oleh SPR selepas pilihanraya untuk mengetahui kita undi parti mana adalah ‘KARUT SEMATA-MATA’.
Logiknya SPR tidak akan berkemampuan untuk menyemak setiap kertas undi dan ianya adalah terlalu rumit.
Kami percaya nombor siri pada kertas undi adalah lebih kepada ‘Perangkap Psikologi’ bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi terutama kakitangan kerajaan untuk mengundi parti pembangkang.
Janganlah kita takut kepada bayang-bayang kita sendiri kerana hakikatnya ‘UNDI ADALAH HAK KITA’.
Saya memohon agar anda jadilah rakyat Malaysia MERDEKA yang berhak memberi undi dan menyokong parti mana yang anda mahukan.